Wednesday, March 26, 2008

Derita Melayu Pulau Pinang di bawah Umno-Gerakan

Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang ditemui oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa ketika melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan di Tanjung Tokong dan Jelutung, Pulau Pinang. -->-->
"Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti.
"Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung.
"Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Rakaman lensa spontan mereka, katanya, adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan.
"Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan Umno tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang," kata Husam.
Gambar-gambar boleh dilihat dalam bloognya, cetusan-hati.blogspot.com

Pak Lah juga perlu bertanding

Semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden Umno, yang kini disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perlu dipertandingkan supaya mereka yang terpilih merupakan barisan pemimpin yang benar-benar dikehendakli oleh ahli, kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.Oleh itu, beliau menggesa dimansuhkan sistem kuota yang diwajibkan ke atas calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, najib presiden dan majlis tertinggi (MT) Umno.Kuota pencalonan yang dikenakan ialah 30 peratus bagi jawatan presiden, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan lima peratus untuk kerusi MT.Syed Ali berkata, Umno perlu kembali mengamalkan sistem lama yang membenarkan calon layak bertanding semua jawatan parti apabila mendapat seorang pencadang dan seorang penyokong.Berani cabar"Amalan (kuota) ini dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mahathir. Walaupun beliau pernah dicabar Tengku Razaleigh tetapi Umno kembali kuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas Umno bahagian Cheras malam tadi.Oleh itu, katanya, Abdullah juga tidak perlu takut untuk bertanding mempertahankan jawatan presiden.Syed Ali berkata, ini kerana kemenangan melalui pertandingan membuktikan beliau seorang 'anak jantan' yang berani berdepan dengan apa juga cabaran.Beliau berkata, sistem kuota juga menyebabkan berlakunya rasuah apabila pemimpin yang mahu bertanding membeli pencalonan daripada bahagian-bahagian."Keadaan ini menyebabkan hanya orang tertentu sahaja yang mampu membeli sokongan dari bahagian untuk mendapat pencalonan yang mencukupi mengikut sistem kuota tersebut," katanya.Cara ini, tambahnya, tidak sihat dan gagal melahirkan barisan pemimpin yang benar-benar tulen seperti yang dikehendaki oleh para ahli.Syed Ali berkata, bahagian itu juga menyokong gesaan supaya Umno mengadakan perhimpunan agung khas untuk membincangkan prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Gesaan tersebut dimulakan oleh ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Pemuda Umno Johor.Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya menyokong gesaan itu kerana ia penting dalam usaha memulihkan kekuatan parti yang kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.Katanya, usaha tegas perlu diambil bagi memantap semula Umno dan ia boleh dilakukan dengan mendengar kritikan dan saranan para ahli peringkat akar jika perhimpunan khas itu diadakan.

Siswa: Pindaan AUKU propaganda BN

Mar 26, 08 1:13pm
Parti Mahasiswa Negara (PMN) ragu-ragu dengan hasrat menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengkaji dan menggubal semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)."(Isu ini) tidak lebih sebagai propaganda Umno dan BN untuk membuktikan bahawa mereka telah bersedia melaksanakan perubahan dan cuba untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas dominasi parti-parti alternatif," kata presiden penajanya Azlan Zainal."Sebab itu mereka sengaja menguar-uarkan propaganda tersebut melalui kajian responden secara SMS dalam Buletin Utama TV3."Sebenarnya kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana AUKU telah lama ditentang oleh mahasiswa."Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata dua bekas menteri berkenaan Datuk Dr. Shafie Salleh dan Datuk Mustapa Mohamed pernah menyatakan hasrat sedemikian tetapi tidak membawa sebarang perubahan."Adakah mereka benar-benar mahu memberi kebebasan mahasiswa dan autonomi kampus atau sebenarnya ada tujuan lain?" tambahnya.
Desakan pelajarSementara itu, Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) berkata sebelum ini, gabungan mahasiswa Malaysia berbilang kaum telah banyak kali membuat permintaan secara bertulis kMustapa supaya perjumpaan diadakan untuk membincangkan soal berkaitan AUKU."Tetapi yang amat dikesali, beliau tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan gabungan mahasiswa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai menteri."Atas desakan positif dan tekanan para mahasiswa dan masyarakat, akhirnya pada Julai 2006, pihak pengajian tinggi menunjukkan sikap terbuka,dengan mengatakan AUKU 1971 akan dipinda dan akan dibentangkan di parlimen pada bulan September tahun yang sama," kata setiausaha halehwal antarabangsa Dema, Ong Jing Cheng dalam satu kenyataan hari ini.Bagaimanapun, katanya, ia sering ditunda dan Mustapa tidak mengemukakan kertas kerja semakan tersebut dalam keempat-empat kali sidang parlimen (September, November 2006 dan bulan Julai dan September 2007). "Kami menyeru menteri dan timbalan pengajian tinggi yang baru agar tidak mengikut jejak bekas menteri tersebut," tambahnya.Di samping itu, Dema juga meminta pusat pengajian tinggi membuat penilaian semula terhadap Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010, untuk mengelak pendidikan negara daripada komersial.Ong berkata, ini kerana menurut pelan tersebut p menggalakkan kajian universiti tempatan supaya bekerjasama dengan pihak pengusaha dan pihak komersial untuk memasarkan produk kajian dan menambah sumber kewangan."Hubungan ekonomi begini akan mengakibatkan pelajar dan ahli akademik mengubah hala dan intipati kajian akademik. Ini akan menjejaskan nilai teras akademik dan menyebabkan ahli akademik mengabaikan pengajaran dan pembelajaran akibat terlalu ketagihan dlam membuat kakjian. Secara tidak langsung ia akan menjejaskan kualiti pelajar," tegasnya.

Ungkapan 'natang' ke balai polis

Mar 26, 08 2:15pm
Sekumpulan penduduk Terengganu membuat aduan polis berhubung kain rentang, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa menghina institusi raja. Kumpulan 10 orang itu, yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), membuat laporan itu di balai polis Kuala Terengganu jam 11:20 pagi tadi.Dalam kenyataannya, pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, "menggesa polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kain rentang berunsur menghina kedaulatan sistem kesultanan dan menjejaskan kehormatan institusi beraja yang didukung oleh demokrasi di Malaysia."Mereka merujuk sekeping kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Idris yang menyebut "Kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.Semalam Pemuda PAS menggesa pergerakan itu dan parti pembangkang di Terengganu membuat aduan polis berhubung perkataan tersebut yang dianggap menghina raja.Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, selain dipamerkan oleh penyokong Idris, kain rentang seumpama itu juga diletakkan di beberapa tempat strategik di negeri yang sedang mengalami krisis pelantikan menteri besar. Bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh, yang disokong Perdana Menteri, bertungkus-lumus mempertahankan jawatannya itu sejak berakhir pilihanraya umum 8 Mac. Watikah pelantikan jawatan itu diserahkan kepada seorang lagi wakil rakyat BN, Datuk Ahmad Said, Ahad lalu. Walaupun belum mengangkat sumpah, Ahmad telah memulakan tugasnya semalam.Berikut laporan polis tersebut yang diadukan oleh Mohamad Fauzi: Pada 23 Mac 2008, ketika menonton Buletin Utama di TV3, saya melihat satu perhimpunan menyokong Idris Jusoh yang diadakan di hadapan kediaman rasmi MB, Seri Iman, Kuala Terengganu. Di antara kain rentang dalam perhimpunan tersebut ada menyatakan "kami nak Idris, natang". Perkataan pada kain rentang tersebut juga jelas merujuk kepada Tuanku Sultan Terengganu. Ini adalah suatu tindakan menghina Istana dan bertentangan dengan undang-undang dan adab-adab sebagai orang Melayu.Perhimpunan itu juga boleh menyebabkan kekecohan dan menyemai rasa kebencian kepada Tuanku Sultan Terengganu yang kita semua kasihi.Saya percaya terdapatnya unsur-unsur jenayah dalam perhimpunan dan penggunaan kain rentang tersebut.Perkataan yang digunakan adalah berbentuk hasutan dan boleh menimbulkan kebencian kepada Tuanku Sultan.Sekiranya perkara di atas tidak diambil tindakan, saya bimbang negeri Terengganu akan menjadi kacau-bilau apabila kehormatan kepada institusi Beraja dicabul dan tidak dihormati lagi.Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah rukun kedua dalam Rukun Negara Malaysia, tindakan golongan ini adalah sungguh biadap dan patut disiasat serta diambil tindakan yang keras.Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan seberapa segera dan mengambil tindakan terhadap dalang dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan kain rentang tersebut, seterusnya menyeret mereka ke muka pengadilan.

UMNO Tonggak Orang Melayu

UMNO Tonggak Orang MelayuMUAR: Ahli UMNO perlu meneruskan prinsip perjuangan parti untuk menyatupadukan orang Melayu sekali gus mengekalkan kedaulatan bangsa, agama dan negara yang menjadi matlamat UMNO sejak ditubuhkan 62 tahun lalu. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata UMNO adalah tonggak orang Melayu yang berjuang menentang pembentukan Malayan Union oleh kerajaan British pada 1946 atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) ketika itu. Malah, katanya, UMNO yang menjadi tonggak pemerintahan negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 bersama rakan parti komponen Perikatan ketika itu dan Barisan Nasional (BN) hingga kini perlu kekal sebagai wadah kesinambungan warisan bangsa Melayu. "Orang Melayu jelas mendapat pembelaan melalui perjuangan UMNO lebih-lebih lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan sekitar 1970-an selain mengekalkan hak kaum lain di negara ini. “Tidak timbul soal perpecahan dalam UMNO kerana perselisihan pendapat yang berlaku silih berganti semata-mata bertujuan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan parti,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di pekarangan Sekolah Agama Durian Condong, kira-kira 70 kilometer dari sini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Mohd Taat dan Adun Jorak, Dr Shahrudin Md Salleh dan Ketua Wanita Pagoh, Noriah Mahat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, dalam pemerintahan kerajaan, UMNO bukan saja memperjuangkan nasib orang Melayu, malah membela nasib semua kaum di negara ini. Beliau juga menyifatkan kekalahan calon BN pada pilihan raya umum lalu sebagai ujian terhadap kesetiaan rakyat terutama orang Melayu yang sayangkan negara dan bangsanya daripada tergadai dengan penjajahan bentuk baru. "Perubahan sikap sebahagian orang Melayu yang menyokong calon parti pembangkang pada pilihan raya lalu membangkitkan kesedaran pemimpin untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat akar umbi. "Umum kini mengetahui pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga menafikan hak dua pertiga BN di Parlimen sekali gus menarik perhatian wakil rakyat BN supaya bekerja lebih keras untuk menawan semula hati pengundi,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan wakil rakyat BN termasuk dirinya sendiri supaya selalu turun padang bagi mengetahui masalah rakyat di samping bertindak cepat menyelesaikan masalah mereka. --BERITA HARIAN