Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang ditemui oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa ketika melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan di Tanjung Tokong dan Jelutung, Pulau Pinang. -->-->
"Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti.
"Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung.
"Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Rakaman lensa spontan mereka, katanya, adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan.
"Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan Umno tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang," kata Husam.
Gambar-gambar boleh dilihat dalam bloognya, cetusan-hati.blogspot.com
Wednesday, March 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://pkrpasdap.blogspot.com
kamu tanya abe MIE dah kahwin ke belum..abe MIE nak tunggu anak aje kahwin sekarang.
satu lagi, zaman gerakan paling teruk melayukena belasah tapi melayu dilantik banyak dalam exco berbanding sekarang DAP bagi satu aje kat melayu dan '0' kat PAS.
itu baru 6 bulan aje belum 6 tahun. kalau nak tengok apa berlaku bandingkan antara pulau pinang dengan perak, melayu dah jadi bangsa macam nepal dan bangla... menumpang di negara sendiri...
sedar lah sikit wahai budak. jangan lihat keburukan BN dengan kebaikan pakatan. kalau nak lihat keburukan lawan sama keburukan.
Post a Comment