Mar 26, 08 1:13pm
Parti Mahasiswa Negara (PMN) ragu-ragu dengan hasrat menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengkaji dan menggubal semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)."(Isu ini) tidak lebih sebagai propaganda Umno dan BN untuk membuktikan bahawa mereka telah bersedia melaksanakan perubahan dan cuba untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas dominasi parti-parti alternatif," kata presiden penajanya Azlan Zainal."Sebab itu mereka sengaja menguar-uarkan propaganda tersebut melalui kajian responden secara SMS dalam Buletin Utama TV3."Sebenarnya kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana AUKU telah lama ditentang oleh mahasiswa."Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata dua bekas menteri berkenaan Datuk Dr. Shafie Salleh dan Datuk Mustapa Mohamed pernah menyatakan hasrat sedemikian tetapi tidak membawa sebarang perubahan."Adakah mereka benar-benar mahu memberi kebebasan mahasiswa dan autonomi kampus atau sebenarnya ada tujuan lain?" tambahnya.
Desakan pelajarSementara itu, Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) berkata sebelum ini, gabungan mahasiswa Malaysia berbilang kaum telah banyak kali membuat permintaan secara bertulis kMustapa supaya perjumpaan diadakan untuk membincangkan soal berkaitan AUKU."Tetapi yang amat dikesali, beliau tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan gabungan mahasiswa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai menteri."Atas desakan positif dan tekanan para mahasiswa dan masyarakat, akhirnya pada Julai 2006, pihak pengajian tinggi menunjukkan sikap terbuka,dengan mengatakan AUKU 1971 akan dipinda dan akan dibentangkan di parlimen pada bulan September tahun yang sama," kata setiausaha halehwal antarabangsa Dema, Ong Jing Cheng dalam satu kenyataan hari ini.Bagaimanapun, katanya, ia sering ditunda dan Mustapa tidak mengemukakan kertas kerja semakan tersebut dalam keempat-empat kali sidang parlimen (September, November 2006 dan bulan Julai dan September 2007). "Kami menyeru menteri dan timbalan pengajian tinggi yang baru agar tidak mengikut jejak bekas menteri tersebut," tambahnya.Di samping itu, Dema juga meminta pusat pengajian tinggi membuat penilaian semula terhadap Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010, untuk mengelak pendidikan negara daripada komersial.Ong berkata, ini kerana menurut pelan tersebut p menggalakkan kajian universiti tempatan supaya bekerjasama dengan pihak pengusaha dan pihak komersial untuk memasarkan produk kajian dan menambah sumber kewangan."Hubungan ekonomi begini akan mengakibatkan pelajar dan ahli akademik mengubah hala dan intipati kajian akademik. Ini akan menjejaskan nilai teras akademik dan menyebabkan ahli akademik mengabaikan pengajaran dan pembelajaran akibat terlalu ketagihan dlam membuat kakjian. Secara tidak langsung ia akan menjejaskan kualiti pelajar," tegasnya.
Wednesday, March 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment